Pelajar yang ingin membuat pemeriksaan keputusan ujian kelayakan khas (UKK) ke Tingkatan Satu Sekolah Agama Menengah (SAM) Muhammadiah, SAM Bestari dan Maahad Integrasi Tahfiz Selangor (MITS) bagi kemasukan 2024 boleh disemak mulai jam 11 pagi pada Jumaat.
Pemeriksaan pemohon boleh dibuat menerusi laman web Jabatan Agama Islam (JAIS) sekali gus mencetak tawan tersebut di esokolah.jais.gov,my.
“Semua pemohon SAM Muhammadiah, SAM Bestari dan MITS yang mendapat keputusan Mumtaz PSRA tahun 2023. Semakan UKK boleh dibuat pada jam 11 pagi hingga 14 Januari 2024.
“Pemohon yang berjaya diminta mencetak surat tawaran. Kegagalan untuk mencetak dan hadir mengikut ketetapan akan menyebabkan tawaran terbatal secara automatik,” kata JAIS menerusi kenyataan di laman Facebook.
Rujuk Unit Pendidikan Islam, Pejabat Agama Islam Daerah atau Seksyen Sekolah Menengah, Unit Pengurusan Sekolah, Bahagian Pendidikan Islam, JAIS jika ada sebarang masalah atau gangguan teknikal di talian 03 5514 3638.
Baca juga: