Pencipta lagu UiTM di Hatiku meninggal dunia

Oleh: Kamilia Ali

PETALING JAYA: Pencipta lagu Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Hatiku, Othman Mohamed meninggal dunia pada 24 November (Ahad).

Berita dukacita ini dikongsikan menerusi laman Instagram rasmi UiTM hari ini.

“Takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarhan Othman Mohamed yang telah kembali ke rahmatullah pada 24 November 2024.

“Marilah sama-sama kita doakan dan sedekahkan Al-Fatihah agar roh Allahyarham dicucuri rahmat,” katanya.

Allahyarham meninggalkan kenangan dengan lagu yang sering berkumandang dimana-mana acara rasmi universiti.

Untuk makluman, Allahyarham merupakan alumni UiTM kumpulan jurusan Diploma Muzik tahun 1984 dari Kajian Seni Lukis dan Seni eka (KSSR).

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat