Pendapat: Usaha kecil petani impaknya besar

Oleh: Coach Bahar

SAYA perhatikan mengapa petani di Malaysia ini kurang maju berbanding petani di luar negara. Saya sampai ke 42 negara dan saya pernah tinggal lebih enam tahun di luar.

Di Jepun misalnya golongan petani ni adalah pekerjaan yang sangat dihormati di sana. Sama juga di negara Eropah (UK), biasanya pekebun di sana mengusahakan ladang beratus ekar milik keturunan mereka. 

Di Malaysia, cerita petani ni mesti kat kampung, cerita petani ni dalam drama-drama dalam TV mesti orang miskin. Bila saya jadi petani rupanya betul petani ni selalu golongan yang dibuli orang taukey yang ada duit. 

Jadi petani next level 

Salah satu perkara yang berbeza diluar negara adalah tanah mereka luas dan mengunakan jentera untuk mendapat hasil yang lumaian.

Konsep di Malaysia dari penjajah sehingga kini tanah apa yang kamu boleh makan dan makan apa yang kamu boleh tanam. Tanahnya kecil-kecil tak berbaloi nak buat dengan jentera. Akhirnya mereka mengunakan tulang empat kerat untuk mengusahakan tanah yang kecil. 

Bagaimana mengatasinya? 

Kita nak dapat tanah besar memang sukar. Jadinya petani perlu ada inovasi. Kita tak boleh lagi menjual hasil terus kepada pemborong.

Tanam pisang jangan jual pisang tapi buat produk berasaskan pisang. Kerepek pisang, kek pisang, kulit pisang baik untuk jadi baja organik, anak benih pisang boleh jual, daun pisang boleh jual buat pelapik nasi lemak bungkus. 

Saya tanam ubi sikit. Enam ekar tapi saya tak jual ubi. Saya buat kerepek ubi. Kali ni lain sikit saya buat. Buat macam arwah mak buat dulu. Mulanya ubi tu direbus lepas tu dihiris halus baru dijemur dan akhirnya digoreng. 

Memang payah sikit nak guna ramai pekerja tapi puas hati bila ramai yang suka. Dapat keluarkan 100 kampit sahaja sehari sekarang tapi ada cita-cita nak kembangkan dan buat kilang. Boleh beri pekerjaan pada orang kampung. 

***Penulis adalah petani moden dan mengasaskan D’impian Agro Farm

Anda Mungkin Berminat