Pengakuan bersalah lelaki penggal kepala kucing ditolak hakim

Seorang penganggur lelaki yang dituduh melakukan penganiyaan terhadap haiwan telah ditolak pengakuan bersalahnya oleh Mahkamah Sesyen Kuching, Sabah pada Selasa.

Hakim Musli Ab. Hamid menolak pengakuan tertuduh Jefrie Drahman, 33, selepas fakta kes yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan tidak diakui tertuduh.

Difahamkan, Jefrie telah melakukan penganiyaan terhadap haiwan dengan memenggal kepala seekor kucing.

“Dia berhadapan dua pertuduhan dengan pertuduhan pertama dibuat mengikut Seksyen 30(2) Akta Kebajikan Haiwan 2015 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 30(4) Akta yang sama manakala pertuduhan kedua di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.

“Bagaimanapun, dia kemudia menolak fakta kes yang dikemukakan oleh Timbalan Pendakwaraya Norshatifah Nor Azmi, sekali gus, hakim menolak kedua-dua pengakuan bersalah tertuduh,” katanya menerusi satu kenyataan.

Dalam pada itu, Musli kemudiannya menetapkan tarikh 19 Jun 2024 sebagai tarikh pengurusan kes, manakala, 10 dan 11 Oktober sebagai tarikh perbicaraan kes berkenaan.

“Saya turut mengarahkan tertuduh yang tidak diwakili peguam untuk terus direman lanjut sehingga tarikh perbicaraan kes selesai,” katanya.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat