Pengaruh Gen Z dalam PRN Sabah mencorak PRU16

Oleh: Salahuddin Hisham

ULASAN | Peratusan pengundi muda tinggi di Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah dengan kemunculan Parti Cinta Sabah (PCS) blok pengundi muda dari kelompok non-partisan, profesyenal dan idealis Sabah.

Langkah Kinabalu gagal kerana Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) muda enggan sertai atas pelbagai sebab termasuk menolak cara lama.

Langkah Jeffrey (Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan) gagal kerana ADUN muda tak ikutnya. Mungkin penolakkan politik lama (plot twist) minit terakhir. Dan mungkin selesa dengan peryatuan bawah parti gabungan rakyat Sabah (GRS).

Pengundi baru seramai 20 peratus. Peratusan pengundi umur bawah 39 adalah 60 peratus.

Untuk PRN Sabah akan datang ini, pengundi muda penentu utama. Ada kemungkinan ramai calon-calon tua dari nama “establish” kecundang.

Tak menolak faktor-faktor tradisi seperti suku kaum, calon “luar” vs “tempatan”, calon dari keluarga berpengaruh dan keupayaan.

Tukang kempen dari Semenanjung harus hati-hati dan faham perbezaan politik, budaya dan sentimen di Sabah dari Semenanjung. Hanya personaliti tertentu boleh berceramah di sana.

Jika berlaku “generational change politics” di Sabah, ia membawa banyak implikasi kepada PRN Melaka, PRN Johor dan PRU.

Budaya berpolitik, formulasi polisi awam dan komunikasi akan berubah kerana harapan pengundi baru berlainan.

Namun ia tidak semesti terjemah menjadi progresif atau “liberal kebaratan”. Malah di kawasan-kawasan tertentu ia boleh menjadi lebih ke arah konservatif.

Jika Sabah dilihat mengarah ke sentimen Sabahan, boleh dirumuskan trend ke arah lokalisasi atau keutamaan kepada keperluan asas/kepentingan setempat berbanding isu nasional.

Ini masih hipotesis dari ‘broad observation’ dan ‘gut feel’. Jika masih ‘money talks’, ‘bullshit walks’, tiada perubahan. Cuma cara lama dalam rupa baru.

Sudah beberapa tahun juga saya menulis mengenai trend ‘generational change politics’ di Sabah yang tak menjadi pada PRN yang lepas tetapi muncul untuk gagalkan Langkah Kinabalu

Baru-baru ini TSAM menyebut mengenai gelombang senyap. Jika maksudnya sama dengan gerak hatinya mengenai gerakan Black Wave di Sabah, ia mungkin ada kaitan dengan gen ‘chg politics’ juga.

Trend ini juga sudah dikaitkan dengan gelombang Gen Z yang pada Fareed Zakaria adalah faktor utama kemenangan Zohran Mamdani di NYC.

Sahabat wartawan saya Fathi Aris Omar pernah menulis mengenai trend kekerapan protes awam dimerata dunia dan kait rapat dengan gen Z.

Ada yang mungkin menyangkal wujudnya pola pengundian ikut generasi kerana priority dan kecenderungan pengundi urban dengan rural di Sabah berbeza.

Tak nafikan namun saya tidak sependapat. Faktor-faktor MA63, Sabah for Sabahan dan rebat cukai 40 peratus beserta royalti minyak dan hak mineral terlalu dekat dengan jiwa Gen Z. Ada kesan.

Saya meramal ada ahli-ahli politik yang umur menghampir 70 dan lebih bakal kecundang. Antara mereka adalah bekas Menteri, bekas MP (Ahli Parlimen), personaliti politik dan ketua parti.

Pengundi muda selesa dengan mereka yang sebaya. Sosmed (Sosial media) dan persepsi yang terlahir mempengaruhi pengundi muda.

***Penulis adalah pemerhati politik

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat