Pengemis lelaki ‘pecah lubang’ minta sedekah dekat pasar malam sampai mampu beli Proton X70

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mendedahkan kegiatan seorang lelaki yang bermodalkan jubah putih dengan kopiah untuk meminta sedekah di Tapak Pasar Malam Sri Jaya, Maran, Pahang mampu memiliki sebuah kereta jenis Proton X70.

Menurut kenyataan JKM, kegiatan lelaki terbabit berjaya didedahkan menerusi satu operasi khas yang dibuat di kawasan tersebut bagi mengatasi kehadiran peminda sedekah

“Ketika operasi dilakukan, seorang lelaki berjubah dan berkopiah dikesan berdiri di celahan payung peniaga pasar malam sambil memegang beg kertas sambil meminta simpati orang ramai dan hasil pemantauan mendapati kedua-dua tangan lelaki itu kelihatan kecil tidak seperti tangan manusia normal.

“Selepas dihampiri dan disoal tujuan lelaki terbabit meminta sedekah, pengemis terbabit berpura-pura pekak dan bisu,” katanya.

Tambah kenyataan itu, pada peringkat awal lelaki terbabit juga tidak memberi kerjasama termasuk enggan memberi kad pengenalan biarpun diminta berulang kali.

Katanya, selepas didesak lelaki terbabit bersuara dan memaklumkan kad pengenalan serta kad OKU ada di dalam kenderaan miliknya, kemudian membawa pegawai penguat kuasa JKM ke sebuah kenderaan model Proton X70.

“Selepas ditanya siapa pemilik kenderaan itu, lelaki terbabit mengakui Proton X70 itu miliknya dan mengakui melakukan kegiatan mengemis di bebarapa pasar pasar malam di seluruh Pahang.

“Pengemis terbabit mengakui meraih pendapatan antara RM400 hingga RM500 untuk tempoh lima jam menerusi kegiatan meminta sedekah di pasar malam,” katanya.

Jurucakap terbabit berkata, hasil semakan mendapati lelaki terbabit menerima Elaun Pekerja OKU daripada JKM berjumlah RM450 sebulan sejak 2001.

Lelaki terbabit bagaimanapun dilepaskan dengan amaran oleh Penguatkuasa JKM.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat