Perbanyak doa, mohon ampun malam Nisfu Syaaban – Anwar

PETALING JAYA: Umat Islam diseru memperbanyak ibadat terutamanya menjelang Ramadan nanti, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata demikian sempena malam ke-15 pada bulan Syaaban (Nisfu Syaaban) malam ini.

“… bermakna kurang lebih dua minggu umat Islam akan menempuhi bulan Ramadhan al-Mubarak yang dilimpahi dengan keberkatan dan kerahmatan.

“Momentum ini seharusnya kita memperbanyak doa dan zikir kepada Allah swt, agar dipersiapkan rohani, jasmani dan berfikiran positif dengan segala bentuk ibadah lahir dan batin termasuk berpuasa, menekuni ayat-ayat Al-Quran dan memahami maksudnya, zakat, berbuat baik dan khidmat kepada ibu bapa dan masyarakat,” tulisnya menerusi Facebook sebentar tadi.

Anwar turut memohon agar semua pihak mohon keampunan Allah SWT dan meminta kesejahteraan kepada umat Islam terutama buat saudara kita di Palestin dan Gaza.

Nisfu Syaaban menandakan tinggal lebih kurang dua minggu sahaja lagi sebelum memasuki bulan Ramadan.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat