Tular di media sosial berkenaan satu video yang memaparkan seorang individu yang dipercayai mengalami masalah mental bertindak menumbuk seorang wanita secara tiba-tiba di Kg Nakhoda, Batu Caves, Selangor pada 14 Julai lalu.
Video keratan berdurasi 22 saat yang diambil dari Kamera Litar Tertutup (CCTV) itu menunjukkan individu berkenaan melayangkan tumbukan ke arah kepala wanita yang sedang berada di motosikal.
Abang Ipar kepada wanita berkenaan melaporkan adik iparnya ketika ini sedang mengalami trauma akibat hentakan yang terlalu kuat.
“Kepada penduduk kg Nakhoda, Batu Caves mesti ramai yang mengenali individu di dalam video ini yang sering berada di kedai makan dan berjalan kaki seorang diri.

“Saya maklum dengan masalah mental yang dialaminya dan saya mengharapkan pihak bertanggungjawab untuk mengambil tindakan kerana perkara seperti ini membahayakan orang awam.
“Adik perempuan saya baru sahaja mahu masuk ke kerja sebelum kepalanya dihentak dengan kuat secara tiba-tiba,” jelasnya menerusi satu kenyataan.
Ujarnya lagi, kejadian seperti ini harus diambil tindakan dengan segera kerana ia mampu menjejaskan keselamatan orang awam dan dalam masa yang sama kemungkinan perkara ini berulang dalam kalangan pesakit-pesakit adalah tinggi.
Baca juga: