PKR genap 26 tahun, terus bawa reformasi – Fahmi

KUALA LUMPUR: Parti Keadilan Rakyat (PKR) bersama rakan-rakan dalam Pakatan Harapan (PH) dan Kerajaan MADANI akan terus berusaha untuk membawa islah dan memperbaiki keadaan negara, kata Ketua Penerangan PKR, Datuk Fahmi Fadzil.

Fahmi yang juga Menteri Komunikasi berharap parti itu dan Kerajaan MADANI akan terus kukuh dalam membina masa depan yang lebih baik untuk bangsa dan negara.

Sempena ulang tahun ke-26 PKR, Fahmi mengucapkan tahniah kepada semua anggota, pimpinan, dan penyokong parti di seluruh negara atas kesabaran, ketabahan, idealisme yang tidak luntur, serta kesetiaan dalam perjuangan mereka.

“Hari bersejarah ini menyaksikan 26 tahun lahirnya parti PKR yang membawa obor reformasi, mengangkat martabat rakyat dan membina sebuah negara yang lebih baik dan adil untuk semua,” ujar beliau dalam kenyataan di Facebook pada Jumaat.

“Dari jalan raya, melalui pilihan raya, hinggalah ke Putrajaya, PKR bersama rakan seperjuangan dalam PH dan kini Kerajaan MADANI, akan terus berusaha membawa islah serta memperbaiki keadaan,” tambah Fahmi.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat