PKR Sentiasa Gilap Pemimpin Baharu, Tidak Tandus Kepimpinan – Kamil

PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) menegaskan bahawa parti itu tidak pernah tandus pemimpin, sebaliknya sentiasa melahirkan tokoh baharu yang mampu meneruskan kesinambungan kepimpinan parti dan negara.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Muhammad Kamil Abdul Munim berkata, PKR memberi ruang luas kepada golongan muda untuk terlibat dalam pentadbiran dan kepimpinan termasuk melalui pelantikan dalam agensi serta jawatan berkaitan kerajaan.

“Kepimpinan adalah proses yang berterusan dan tidak bergantung kepada seorang individu semata-mata,” katanya memetik wawancara bersama Mingguan Malaysia.

Menurut Kamil, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terus memainkan peranan penting dalam membimbing dan menggilap bakat baharu, sekali gus memastikan kesinambungan kepimpinan parti dan pentadbiran negara.

Beliau berkata, PKR sentiasa melahirkan pemimpin baharu selaras dengan nilai dan prinsip reformasi yang menjadi teras perjuangan parti.

“PKR bukan parti yang tandus pemimpin, sebaliknya sentiasa melahirkan tokoh baharu yang mampu memikul tanggungjawab pada masa hadapan selaras dengan nilai dan prinsip reformasi,” katanya.

Anda Mungkin Berminat