Oleh: Tyah Helmi
PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengumumkan barisan pelantikan baharu Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) serta beberapa jawatan Biro tambahan setelah mengadakan mesyuarat hari ini.
Dalam kenyataan media, Ketua Penerangannya, Datuk Fahmi Fadzil turut memaklumkan mesyuarat itu turut mengambil maklum mengenai pandangan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkait panggilan telefon daripada Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump yang memaklumkan hasrat beliau untuk mengumumkan tarif timbal balik esok.
Dalam mesyuarat Biro Politik PKR yang diadakan pada 31 Julai 2025, parti telah mengumumkan pelantikan beberapa jawatan penting melibatkan kepimpinan Majlis Pimpinan Negeri (MPN) serta biro-biro utama parti.
Bagi negeri Perlis, pelantikan menyaksikan Noor Amin Ahmad dilantik sebagai Pengerusi MPN, manakala Gan Ay Ling sebagai Timbalan Pengerusi.
Di Kedah, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail diberi kepercayaan sebagai Pengerusi MPN dan Dr Mohammed Taufiq Johari sebagai Timbalan Pengerusi.
Untuk Pulau Pinang, Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid dilantik sebagai Pengerusi MPN bersama Goh Choon Aik sebagai timbalannya.
Pelantikan di Perak menyaksikan Mohamad Hairul Amir Sabri sebagai Pengerusi MPN dan Tan Kar Hing sebagai Timbalan Pengerusi.
Di Selangor pula, jawatan Pengerusi MPN disandang oleh Datuk Seri Amirudin Shari, manakala Timbalan Pengerusi ialah Borhan Aman Shah.
Bagi negeri Melaka, pelantikan menyaksikan Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin sebagai Pengerusi MPN manakala Adam Adli Abd Halim sebagai timbalannya.
Manakala di Johor Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa dilantik sebagai Pengerusi MPN dan Yashrudin Kusni sebagai Timbalan Pengerusi.
Untuk negeri Pahang, Datuk Ahmad Farhan Fauzi mengetuai MPN selaku Pengerusi bersama Sim Chon Siang sebagai Timbalan Pengerusi.
Di Kelantan, Datuk Seri Mohamad Suparadi Md Noor memegang jawatan Pengerusi MPN manakala Asharun Uji sebagai timbalannya.
Pelantikan di Terengganu pula menyaksikan Zainudin Awang @ Omar sebagai Pengerusi dan Dr. Mohd Johari Mohamad sebagai Timbalan Pengerusi.
Negeri Sembilan pula diterajui oleh Datuk Seri Aminuddin Harun sebagai Pengerusi MPN dan Datuk Muhammad Nazri Kassim sebagai Timbalan Pengerusi.
Di Sarawak, Ahmad Nazib Johari dilantik sebagai Pengerusi MPN bersama Chiew Choon Man selaku Timbalan Pengerusi.
Sementara itu, di Sabah, Datuk Mustapha Sakmud mengetuai MPN sebagai Pengerusi, dibantu oleh Datuk Peto Galim sebagai Timbalan Pengerusi.
Bagi Wilayah Persekutuan pula, Datuk Azman Abidin telah dilantik sebagai Pengerusi MPN manakala Muhammad Fikri Abdul Aziz sebagai timbalannya.
Selain itu, PKR turut mengumumkan pelantikan. Sim Tze Tzin sebagai Pengarah Strategi parti dan Mahmud Epah sebagai Pengerusi Biro Pendidikan.
Baca juga:








