PETALING JAYA: Keputusan mengejutkan apabila Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Sekitar Nik Nazmi Nik Ahmad gagal mempertahankan jawatan ketua cabang PKR Setiawangsa selepas tewas kepada kepada pengarah dan pelakon Afdlin Shauki.
Afdlin menang dengan 631 undi berbanding Nik Nazmi 563 undi.
Ini merupakan kali kedua Afdlin mencabar Nik Nazmi bagi jawatan ketua cabang. Beliau sebelum ini juga berkata pasukannya terlibat dengan ahli parti yang mendakwa “tidak pernah bertemu” Nik Nazmi selama memegang jawatan ketua cabang.
Sementara itu, Ahli Parlimen Batu, Prabakaran Parameswaran juga gagal mempertahankan jawatan Ketua Cabang Batu dengan menang 793 undi berbanding lawannya Asheeq Ali Sethi Alwi dengan 946 undi.
Dalam pemilihan parti Bukit Bintang, Timbalan Menteri Perpaduan Senator K Saraswathy kehilangan jawatan ketua cabang kepada Anwar Pawan Chik.
Anwar menang dengan 807 undi berbanding Saraswathy 683 undi.
Sementara itu, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menang tanpa bertanding di Lembah Pantai.
Pemilihan PKR peringkat cabang bermula dari 11 April dan akan berakhir esok.
Baca juga: