Oleh: Tyah Helmi
PETALING JAYA: Calon Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar disifatkan sebagai seorang tokoh terpenting yang banyak berkorban sejak awal tertubuhnya parti itu.
Itu antara ungkapan yang disuarakan oleh Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan, Datuk Azman Abidin semasa Program Abidin pada ‘Temu Rapat Akar Umbi’ di Kuala Lumpur baru-baru ini.
“Nurul Izzah sejak penemuan awal parti kita tak boleh nafikan, siapa tak kenal beliau, dia da berjuang bersama dengan kita, sejak awal penubuhan parti antara pengasas parti yang tidak pernah mahu keluar (PKR),” katanya
Kata Azman, sejarah pengorbanan Naib Presiden PKR, tiada tolok bandingnya kerana terlalu banyak di dalam parti itu.
“Jadi sejarah pengorbanan bagi Nurul (Izzah) saya rasa tiada tolok bandingnya, saya ada resume beliau, saya tak boleh nak katakan kerana terlalu banyak berdasarkan saya baca tentang apa yang beliau sudah lalui,” ujar beliau.
Tambah beliau, Nurul Izzah bukan sahaja seorang penggerak utama tetapi juga memainkan peranan penting dalam kejayaan besar parti, termasuk dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).
“Beliau antara lain yang menjadi Pengarah Pilihan Raya bersama saudara Datuk Seri Saifuddin Nasution pada 2018.
“Kita berjaya memenangi pilihan raya ketika itu yang mengalahkan BN. Kita menang bersama-sama dengan sahabat kita.”
Pada masa yang sama, ucapan beliau turut merangkumi penghargaan ke atas beberapa tokoh lain yang menurutnya layak diberi tempat dalam kepimpinan.
“Jadi orang seperti Datuk Seri Amirudin Shari serta YB Sim Tze Tzin yang lama setia parti adalah orang yang layak untuk memimpin bersama kita,” katanya.
Baca juga: