MELAKA: Kementerian Komunikasi akan memastikan semua platform media sosial memikul tanggungjawab terhadap iklan berbayar atau sponsored advertisement yang disiarkan di platform masing-masing bagi membendung penipuan dalam talian.
Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching berkata, platform media sosial diwajibkan melaksanakan proses pengesahan identiti pengiklan supaya pihak berkuasa dapat mengenal pasti individu atau organisasi yang membayar untuk mempromosikan sesuatu kandungan.
Menurut beliau, keperluan itu merupakan antara tanggungjawab yang digariskan menerusi Kod Pengurangan Risiko (RMC) di bawah Online Safety Act 2025 yang akan mula berkuat kuasa pada 1 Jun.
“Ketika ini kita melihat banyak kandungan tajaan di platform seperti Facebook. Namun, agak sukar untuk mengambil tindakan kerana kita tidak mengetahui siapa yang sebenarnya membayar untuk mempromosikan hantaran tersebut.
“Justeru, melalui RMC, kita meletakkan tanggungjawab kepada platform supaya melaksanakan proses pengesahan dan memastikan identiti pengiklan dapat dikenal pasti,” katanya, memetik berita tempatan pada Ahad.
Teo berkata, langkah itu penting bagi meningkatkan akauntabiliti platform media sosial serta memperkukuh usaha kerajaan dalam menangani jenayah siber dan penipuan dalam talian yang semakin berleluasa..
Baca juga:








