Oleh: Tyah Helmi
PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan semua syarikat serta agensi kerajaan supaya menurunkan kadar sewa premis perniagaan sebagai langkah segera membantu meringankan beban peniaga tempatan.
Menurut beliau yang juga Menteri Kewangan, pelaksanaan itu akan dibuat secara berperingkat mengikut daerah dalam masa terdekat, selaras dengan kemampuan semasa negara.
“Langkah pertama yang harus dilakukan ialah mengurangkan kadar sewa, khususnya melibatkan premis yang dimiliki agensi kerajaan seperti dan,” katanya dalam sidang media berkaitan krisis global, pada Selasa.

Dalam pada itu, beliau turut menyeru semua pihak berkuasa tempatan (PBT) serta kerajaan negeri agar mengambil langkah sama dengan menurunkan kadar sewaan premis masing-masing bermula bulan ini.
Anwar turut menghargai tindakan Menteri Besar Selangor, yang disifatkan proaktif apabila menyambut baik seruan tersebut dan bakal mengumumkan pengurangan kadar sewa bagi premis perniagaan, khususnya melibatkan peniaga kecil, penjaja dan pengusaha kedai makanan.
Beliau menegaskan, tindakan segera oleh kerajaan negeri dan PBT amat penting bagi mengurangkan tekanan kos yang sedang dihadapi golongan peniaga dan penjaja ketika ini.
Selain itu, kerajaan juga akan memperluas pelaksanaan program sebagai satu lagi kaedah mengurangkan kos sara hidup rakyat.
Menurutnya, program yang dikendalikan oleh itu berjaya menawarkan barangan keperluan pada harga lebih rendah sehingga mencecah 30 peratus berbanding harga pasaran.
“Tahun lalu, lebih 25,000 program telah dilaksanakan melibatkan semua kawasan Dewan Undangan Negeri. Bagi tahun 2026, jumlah itu ditingkatkan kepada 30,000 program,” jelasnya.
Tambah beliau, pelaksanaan Jualan Rahmah akan diperluas ke semua kawasan DUN, diadakan secara mingguan serta diperluas ke kawasan luar bandar dan kampung terpilih bagi memastikan akses lebih menyeluruh kepada rakyat.
Baca juga:








