PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan Timbalan Menteri Sumber Manusia, Khairul Firdaus Akbar Khan dan Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah, Jamawi Jaafar bagi membincangkan isu pembangunan serta kebajikan rakyat negeri Sabah.
Dalam pertemuan tersebut, pelbagai perkara penting telah diteliti termasuk usaha meningkatkan taraf hidup rakyat khususnya di kawasan luar bandar.
Menurutnya, tumpuan diberikan kepada ikhtiar memperkukuh peluang ekonomi dan kesejahteraan rakyat agar manfaat pembangunan dapat dirasai secara menyeluruh.
“Perbincangan turut menyentuh ikhtiar meningkatkan taraf hidup rakyat khususnya di kawasan luar bandar termasuk usaha memperkukuh peluang ekonomi dan kesejahteraan rakyat,” kata Perdana Menteri.
Anwar berkata, komitmen Kerajaan MADANI untuk memastikan setiap dasar dan bantuan bukan sekadar diumumkan tetapi benar-benar sampai kepada rakyat di lapangan.
“Kerajaan MADANI akan terus memberi tumpuan terhadap keperluan Sabah agar setiap dasar dan bantuan bukan sekadar diumumkan tetapi benar-benar sampai dan dirasai rakyat di lapangan, Insya-Allah,” kata beliau.







