PM hulur sumbangan keluarga kanak-kanak lemas ketika mencari kepah

KUANTAN: Tragedi yang meragut nyawa seorang anak kecil ketika mengikuti ibunya mencari kepah meruntun ramai rakyat Malaysia.

Susulan itu, Perdana Menteri menyampaikan sumbangan menerusi setiausaha politiknya Datuk Ahmad Farhan Fauzi yang menziarahi ibu kepada Allahyarhamah adik Nur Afia Ramadhannie, Mashitah di Kampung Ular dekat sini.

“Sungguh pilu mengenangkan tragedi yang meragut nyawa seorang anak kecil yang masih dalam lingkungan usia riang dan ceria. Saya menyampaikan salam takziah dan rasa simpati yang tidak terhingga kepada kedua-dua ibu bapa Allahyarham. 

“Bagi pihak YAB Perdana Menteri, kami turut menyampaikan sedikit sumbangan sebagai tanda prihatin dan ihsan atas kehilangan yang amat menyentuh perasaan ini. Semoga mereka diberikan kekuatan dan ketabahan dalam melalui ujian yang amat berat ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, media melaporkan kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun itu dilaporkan hilang ketika berkelah bersama keluarga berhampiran jeti di muara Sungai Balok ditemui lemas pada minggu lalu.

Mayat mangsa, Nur Afia Ramadhannie Zolkurnain yang beralamat di Kampung Sungai Ular ditemui pihak bomba pada jam 12.40 tengah malam kira-kira 200 meter dari lokasi dia dilaporkan hilang.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat