Negara sentiasa komited dalam memastikan tahap ekonomi rakyat terjamin sekali gus dapat menghapuskan golongan miskin tegar.
Perkara itu dinyatakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengifatkan Majlis Ekonimi Bumiputera (MEB) tidak hanya memberi fokus kepada kemajuan ekonomi kumpulan Bumiputera sahaja.
Katanya, Kerajaan Madani tekad untuk memperkukuhkan agenda Bumiputera yang akan memberi manfaat kepada pelbagai lapisan masyarakat dan bukan hanya kumpulan tertentu sahaja.
“Pertumbuhan baharu bumiputera perlu dikenal pasti selain daripada pengumpulan data yang bersistematik,” katanya.
“Oleh itu, saya tekankan supaya kongres ini perlu menjadi penggerak kepada perspektif serta pendekatan baharu ke atas kerangka agenda bumiputera,” ujarnya dalam satu kenyataan di Facebook pada Rabu.
Anwar yang turut memperngerusikan Majlis Ekonomi Bumiputera (MEB) 2024 turut mengatakan MEM optimis bagi membantu meningkatkan tahap ekonomi Bumiputera.
“Oleh itu, saya tekankan supaya kongres ini perlu menjadi penggerak kepada perspektif serta pendekatan baharu ke atas kerangka agenda Bumiputera.
“Perbincangan turut menyentuh persediaan penganjuran KEB 2024 yang dijadualkan pada 29 Februari hingga 2 Mac ,” ujarnya.
Pada mesyuarat tersebut, ahli-ahli MEB telah meneliti kertas cadangan hala tuju agenda Bumiputera yang turut mengambil kira input-input yang diperolehi daripada sesi libat urus yang telah diadakan.
Turut hadir dalam mesyuarat tersebut, Timbalan-timbalan Perdana Menteri, Menteri-menteri yang berkaitan dan wakil-wakil daripada Syarikat-syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC).
Baca juga: