PMX ucap tahniah kejayaan Zamir Azman di SEA Pekak 2025

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ucapkan tahniah kepada atlet 100 meter pekak kebangsaan, Zamir Azman yang menjuarai acara pecut di Sukan Asia Tenggara (SEA) Pekak 2025 di Jakarta, sebentar tadi.

“Tahniah Zamir Azman! Kejayaan menjuarai acara 100 meter Sukan SEA Pekak 2025 dan memecah rekod temasya dengan catatan masa 11.07 saat adalah satu pencapaian yang membanggakan negara.

“Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada semua, demi membina masa depan sukan negara yang lebih inklusif, progresif dan cemerlang,” katanya menerusi hantaran di media sosial rasmi.

Kemenangan tersebut menyaksikan Zamir dinobatkan sebagai Raja Pecut Pekak Asia Tenggara selepas menguasai trek dengan penuh bergaya.

Setakat ini, kontinjen negara sudah meraih tiga pingat emas menerusi Zamir, Shahrul Azmeer dalam acara 400 meter dan Azlan Kuste.

Kem olahraga pekak negara meletakkan sasaran enam pingat emas secara keseluruhan pada temasya edisi kedua itu.

SEA Pekak 2025 berlangsung di Jakarta sehingga 26 Ogos dengan penyertaan atlet dari seluruh rantau Asia Tenggara.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat