Polis berkas suspek tikam dua wanita di tandas surau

Oleh: Kamilia Ali

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki ditahan atas kesalahan menikam dua wanita di tandas surau di Kelana Jaya pada pagi Selasa.

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar, pada pukul 1.30 pagi suspek yang berusia 46 tahun itu ditahan ketika berada di rumah kenalannya yang terletak di Kajang.

“Berhubung kes tikam di tandas surau, pihak polis telah berjaya menahan suspek dan akan direman pagi ini.

“Suspek akan direman di Mahkamah Petaling Jaya,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Sharulnizam berkata, mangsa yang terbabit dalam kejadian telah keluar daripada hospital.

Terdahulu, pihak polis menerima panggilan kecemasan daripada seorang warga tempatan pada pukul 1.48 tengah hari berkenaan dua wanita mengalami kecederaan akibat ditikam dengan pisau.

Difahamkan, seorang mangsa yang berumur 26 tahun mengalami kecederaan di kepala dan perut akibat dilibas, manakala, seorang lagi wanita berumur 52 tahun dipercaya guru besar mengalami luka besar di lengan kirinya.

Kedua-dua mangsa terus dibawa ke Hospital Shah Alam untuk mendapatkan rawatan lanjut dan kini dalam keadaan stabil.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat