Polis cari saksi kemalangan langgar lari libat motosikal

Oleh: Hanim Nadia

GEORGETOWN: Polis sedang mengesan individu atau saksi yang mempunyai maklumat berhubung kemalangan langgar lari menyebabkan seorang penunggang motosikal maut di Jalan Dato Keramat/ Jalan Kuantan di sini, pada 17 Januari lalu.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad berkata, kejadian jam 12.15 tengah hari itu melibatkan sebuah motosikal dengan nombor pendaftaran PRA 7859 yang disyaki dilanggar kenderaan lain.

“Mangsa merupakan seorang lelaki berbangsa Cina yang disahkan meninggal dunia di Hospital Pulau Pinang jam 11.11 malam pada Selasa lalu.

“Sehubungan itu, kita mohon kerjasama orang ramai atau saksi yang melihat kejadian untuk tampil menyalurkan maklumat bagi membantu siasatan pihak polis,” katanya dalam kenyataan media pada Jumaat.

Tambah beliau, maklumat juga boleh disalurkan dengan menghubungi pegawai penyiasat kes Inspektor Noor Athirah Najihah Bukhari di talian 010 405 5142.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat