Polis dibelasah sampai mati, lima suspek direman

Polis menahan lima lelaki dipercayai suspek kes pukul seorang anggota polis sehingga meninggal dunia di sekitar Taman Impian Indah, Balakong kira-kira pukul 10 malam pada Sabtu.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, kesemua lelaki tempatan yang berumur antara 19 hingga 23 tahun itu ditahan bagi membantu siasatan kerana dipercayai terlibat dalam kes terbabit.

Katanya, mahkamah turut membenarkan reman selama tujuh hari hingga 30 Mac ini bagi kesemua suspek untuk siasatan lanjut.

“Satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum gantung,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambah Hussein, hasil bedah siasat mendapati punca kematian mangasa ialah ‘blunt force trauma to the head’.

Susulan itu, mana-mana pihak yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu boleh menyalurkannya ke mana-mana balai berhampiran atau menghubungi Pegawai Penyiasat ASP Mohd Afiq Farhan Mohd Nor melalui talian 012-244 6768.

Terdahulu, Hussein mengesahkan individu yang ditemukan maut dipercayai akibat dipukul di Taman Impian Indah, Kajang merupakan seorang anggota polis yang berkhidmat dengan Kontinjen Kuala Lumpur.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat