Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan sedang giat mengesan tiga individu yang disyaki terlibat dengan insiden tembakan yang berlaku pada 8 Julai lalu di pasar raya Batu 19, Jalan Kuching, Serian, Sarawak.
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi menyatakan tiga individu yang dikehendaki dikenali sebagai Pang Siong Seng, Thian Fatt Kui dan Ricky Nelson Ungking.
“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan penama terbabit boleh menghubungi Ketua Bahagian Siasatan IPD Padawan, Asisten Superintenden Sylvarius Gopog di talian 013-8637241.
“Kes disiasat dibawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 8 Akta Senjata APu (Penalti Lebih Berat) 1971,” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, insiden tembakan tersebut melibatkan seramai tiga orang mangsa berusia dalam lingkungan 24 hingga 25 tahun.
Kesemua mangsa kini sedang dirawat di Hospital Umum Sarawak dan berada dalam keadaan stabil.
Insiden tembakan tersebut dilaporkan oleh seorang lelaki warga tempatan yang merupakan rakan kepada ketiga-tiga mangsa berkenaan.
Baca juga: