Polis Tahan Pasangan Muda Susulan Penemuan Bayi Di Skudai

JOHOR BAHRU: Polis menahan seorang lelaki berusia 18 tahun dan seorang wanita berusia 19 tahun bagi membantu siasatan berhubung penemuan seorang bayi perempuan di Taman Universiti, Skudai, awal pagi semalam.

Menurut kenyataan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, ACP Radin Ramlan Radin Taha, tangkapan dilakukan sekitar pukul 2.15 pagi oleh Bahagian Siasatan Jenayah Daerah.

Beliau berkata, hasil semakan mendapati kedua-dua suspek tidak mempunyai rekod kesalahan lampau dan ujian air kencing yang dijalankan ke atas mereka didapati negatif.

“Kedua-dua suspek kini ditahan bagi membantu siasatan dan akan dibawa ke Mahkamah Johor Bahru pada 14 April 2026 untuk permohonan reman bagi tujuan siasatan lanjut,” menurut kenyataan itu.

Kes disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan iaitu membuang atau menyembunyikan bayi dengan niat untuk meninggalkan bayi tersebut.

Jika sabit kesalahan, hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali boleh dikenakan.

Pihak polis turut menasihati orang ramai agar sentiasa mematuhi undang-undang, tidak terlibat dalam sebarang aktiviti jenayah serta mengelakkan spekulasi yang boleh mengganggu siasatan demi menjaga keselamatan dan kesejahteraan masyarakat.

“Pihak polis menasihati orang ramai agar sentiasa mematuhi undang-undang, tidak terlibat dalam sebarang aktiviti jenayah serta mengelakkan sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan demi menjaga keselamatan dan kesejahteraan masyarakat,” tegas beliau.

Anda Mungkin Berminat