KUALA LUMPUR: Tahap sokongan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencatat peningkatan ketara apabila 55 peratus rakyat Malaysia berpuas hati dengan prestasi beliau, menurut dapatan terkini Merdeka Center.
Kajian itu menunjukkan peningkatan signifikan berbanding hanya 40 peratus pada Jun 2024, menandakan trend keyakinan yang semakin kukuh terhadap kepimpinan Anwar dan Kerajaan Perpaduan.

Namun, sebanyak 48 peratus responden menyatakan mereka tidak berpuas hati dengan prestasi semasa beliau, sekali gus mencerminkan landskap politik yang masih berbelah bahagi.
Tinjauan ini dijalankan oleh Merdeka Center pada 12 – 23 Mei 2025 membabitkan 1,208 pengundi berdaftar dari pelbagai kaum dan latar belakang di seluruh negara.
Peningkatan sokongan ini dipercayai berkait rapat dengan kestabilan politik yang semakin pulih, usaha menangani kos sara hidup, serta inisiatif pembaharuan institusi yang diketengahkan Perdana Menteri.
Penganalisis politik berpandangan bahawa keputusan kajian ini memberikan gambaran positif terhadap tahap penerimaan rakyat, terutama menjelang fasa penting pertengahan penggal pentadbiran.
Baca juga: