Premis di MBKT milik orang tempatan, pekerja warga asing

Datuk Bandar Kuala Terengganu, Rosli Latif menafikan dakwaan tentang premis di Hentian Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) yang didakwa milik warga asing.

Katanya, satu tindakan pemeriksaan dan pemantauan yang dibuat mendapati beberapa premis perniaggan milik persendirian itu disewakan kepada warga tempatan.

“Hasil semakan dan pemeriksaan mendapati lesen perniagaan dikeluarkan MBKT kepada penyewa warga tempatan.

“Ketika operasi dilakukan, kita mendapati warga tempatan menggunakan khidmat warga asing berkerja dan tindakan ke atas pekerja berkenaan hanya boleh dilakukan agensi penguat kuasa lain termasuk Jabatan Imigresen,” katanya pada Khamis.

Tambah beliau, lebih 1,000 bangunan milik MBKT disewakan kepada warga tempatan.

“Kita sudah membuat ketetapan, syarat untuk menyewa bangunan dan premis perniagaan milik MBKT mesti untuk warga tempatan.

“MBKT bersedia memberi kerjasama kepada agensi penguat kuasa terutama Jabatan Imigresen untuk bersama menyertai operasi bersepadu,” katanya.

Tegas beliau, tindakan ke atas penyewa premis di kawasan itu hanya boleh diambil jika menjual barangan di luar syarat lesen perniagaan.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat