Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mewakili Malaysia sebagai negara pertama yang menyampaikan ucapan alu-aluan di Persidangan Kesihatan Sedunia ke-77 (WHA77) pada Isnin.
Beliau menekankan bahawa prinsip kesaksamaan (equity) dan solidariti harus seiring dengan sebarang perjanjian yang dirunding, termasuk pindaan Peraturan Kesihatan Antarabangsa (IHR) 2005 dan penyediaan Perjanjian Pandemik.
“Secara terbukanya saya ingin kongsikan bahawa kerajaan Malaysia sangat komited untuk memastikan setiap individu, tidak kira bagaimana latar belakangnya mempunyai hak dan kualiti servis penjagaan kesihatan sepanjang hayat,” katanya.
Sehubungan itu, beliau telah menyinggung masyarakat antarabangsa agar memberi sepenuh keutamaan untuk menghentikan keganasan di Gaza.
“Ia dapat menamatkan krisis kemanusiaan yang membelenggu warga Palestin,” jelasnya.
Justeru itu, usaha tersebut bertujuan sebagai pencegahan, persiapan dan respon terhadap pandemik harus mematuhi semua keutamaan yang digariskan di samping, ia dapat memelihara hak dan kedaulatan negara secara kolektif.
Sementara itu, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, mengetuai delegasi Malaysia ke Geneva, Switzerland bagi menghadiri WHA77 pada 27 sehingga 31 Mei 2024.
Dr Dzulkefly berkata, antara perkara utama bakal dibincang ialah perkembangan rundingan bagi Pindaan Bersasar IHR 2005 dan rundingan bagi penyediaan Perjanjian Pandemik.
Baca juga: