PYC tertangguh: Bukan soal RM45 juta atau RM15 juta, isunya pelaksanaan – AMK

Oleh: Tyah Helmi

PETALING JAYA: Projek pembinaan Perak Youth Center (PYC) yang tertangguh di era pentadbiran Perikatan Nasional (PN) dan telah diambil alih oleh Kerajaan Madani harus diberi pujian.

dihidupkan semula dengan kos jauh lebih rendah iaitu RM15 juta dan bakal siap dalam tempoh dua tahun sebaik sahaja Kerajaan Madani mengambil alih.

Menerusi kenyataan di laman Facebook rasmi, Angkatan Muda Keadilan (AMK), projek PYC yang dikelola oleh Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohamed Taufiq Johari telah disemak semula secara teliti dengan kos hanya RM15 juta berbanding RM45 juta ketika pentadbiran PN.

“Isu sebenar bukan soal angka 45 juta atau 15 juta semata-mata. Isunya ialah keupayaan merancang, menyemak dan melaksanakan dengan berkesan.

“Apabila sesuatu projek disemak semula secara teliti, kos dapat dikawal, proses dapat dilaksanakan secara telus iaitu tender terbuka dan manfaat akhirnya kembali kepada belia setempat.

“Belia Tambun bakal menikmati kemudahan pusat belia iaitu Perak Youth Center (PYC) yang merangkumi pembinaan gelanggang sintetik, pejabat, astaka dan dewan serbaguna,” ujar AMK.

Difahamkan, ketika Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu sebagai Menteri Belia dan Sukan projek itu dilaporkan mengalami penangguhan serta dijangka siap pada 2025.

Sebelum ini, Taufiq Johari berkata, projek berkeluasan 2.7 hektar itu telah mendapat kelulusan kerajaan dan kini berada dalam fasa pra-pelaksanaan dengan proses tender terbuka dijangka dibuka tahun ini.

“RM15 juta ini adalah untuk struktur keseluruhan. Kita telah buat semakan semula harga yang diluluskan sebelum ini dan didapati, jumlah RM15 juta ini adalah mencukupi memenuhi spesifikasi diperlukan merangkumi pembinaan gelanggang sintetik, pejabat, astaka dan dewan serbaguna,” katanya.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat