Oleh: Tyah Helmi
DI saat kemeriahan sesi raptai penuh sambutan Hari Kebangsaan ke-68 hari ini, tularnya isu di media sosial berkait trend ‘Pacu Jalur’ yang digayakan ketika sesi raptai perarakan sambutan hari kebangsaan negara baru-baru ini.
Tularnya sebuah video yang dimuat naik oleh akaun @FatDeadpoo, apabila terdapat petugas perarakan dipercayai dari unit ‘Foodpanda’ telah menggayakan trend ‘Pacu Jalur’ ketika berarak.
Menerusi hantaran kandungan itu, beliau memberi peringatan ringkas: “Tolong jangan buat trend ini masa merdeka nanti.”
Difahamkan, trend berkenaan mula dicetuskan di Indonesia dan sering dimainkan di beberapa temasya utama negara itu seperti sambutan kemerdekaan mereka pada baru-baru ini.
Secara tidak langsung, ‘Pacu Jalur’ telah menjadi simbolik dan identiti yang tersendiri oleh Indonesia pada ketika ini.
Rata-rata rakyat Malaysia di atas talian mencetuskan reaksi yang kurang senang ketika mana trend itu dimainkan oleh petugas itu dan menegaskan bahawa Malaysia mempunyai identiti tersendiri yang wajar dipelihara dan dihormati, khususnya ketika meraikan tarikh bersejarah negara.
Seorang pengguna media sosial dengan nama pemegang akaun di aplikasi Thread iaitu @SINO_KADAZAN_LIFE berkata rakyat Malaysia diingatkan untuk tidak menjadikan trend berkenaan sebagai trend semasa menyambut Hari Kebangsaan yang ke-68 ini.
“Rakyat Malaysia diingatkan untuk tidak menjadikan pacu jalur sebagai trend semasa sambutan Hari Kebangsaan.
“Ini budaya negara jiran, bukan kita. Sila buat kajian dahulu.”

Kritikan turut datang daripada pengguna lain seperti @Whatthekhae, yang memberi teguran kepada syarikat-syarikat komersial agar tidak menyertai trend ini.
“Dear @foodpanda_my, jangan buat benda ni masa perarakan Hari Kebangsaan Malaysia nanti, lol,” tulisnya.
Pemilik akaun @Gween.teh pula menyeru agar semua pihak menghargai warisan dan budaya tempatan.
“Tak perlu ikut negara lain. Kita ada identiti sendiri yang patut dibanggakan.
“Hello @foodpanda_my, tolong pantau ini.” katanya.
Manakala, sentimen yang sama turut diluahkan oleh akaun @MOMMY.ALAYNA, yang menegaskan bahawa sambutan kemerdekaan bukanlah acara yang patut dipermainkan.
“Bodoh tak bertempat. Ini majlis negara untuk kita raikan kemerdekaan dari penjajah, bukan majlis harijadi mak kau.”ujarnya.
Sementara itu, beberapa warga maya turut menyeru kepada pihak berkuasa seperti Kementerian Kewangan dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba merosakkan imej sambutan Hari Kebangsaan dengan meniru elemen asing tanpa asas budaya yang sah.
Ini kerana, rata-rata berpandangan bahawa Hari Kebangsaan Malaysia perlu diraikan dengan penuh hormat, berteraskan semangat patriotisme dan kebanggaan terhadap warisan serta sejarah negara.
Baca juga: