Rapid KL: Pembelian awal pas My50 ditamatkan

lrt

Oleh: Tyah Helmi

PETALING JAYA: Rapid KL kini memaklumkan bahawa pihaknya telah menamatkan kemudahan pembelian awal (advanced purchase) bagi pas perjalanan My50 di semua kaunter khidmat pelanggan serta menerusi aplikasi Touch ‘n Go eWallet berkuat kuasa 1 Jun 2026.

Menurut agensi itu dalam satu kenyataan pada Jumaat, ia dilaksanakan untuk penambahbaikan pengurusan pembelian pas agar berjalan lebih teratur dan selaras dengan tempoh sah penggunaan semasa.

“Untuk makluman, kemudahan pembelian awal (Advanced purchase) bagi pas My50 di kaunter khidmat pelanggan serta melalui aplikasi Touch ‘n Go eWallet akan ditamatkan, berkuat kuasa 1 Jun 2026,” katanya.

Sehubungan itu, selepas ini pengguna hanya boleh memperbaharui pas My50 mengikut tempoh aktif semasa pas masing-masing dan tidak lagi dibenarkan membuat pembelian lebih awal menerusi mana-mana saluran yang disediakan.

Rapid KL turut menasihatkan pengguna agar merancang pembaharuan pas lebih awal bagi mengelakkan sebarang kesulitan ketika menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat