RMK-13 beri peluang Kerajaan Madani hadapi PRU16 umpama manifesto 5 tahun

Oleh: Hassan Abdul Karim

ULASAN | Pada hari ini Khamis 31 Julai 2025 di Parlimen, Perdana Menteri Anwar Ibrahim telah membentangkan Rancangan Malaysia Ketiga Belas 2026-2030 dengan tema Melakar Semula Pembangunan.

Dengan Pilihanraya Umum ke-16 dijangka diadakan dalam tempoh dua tahun akan datang, maka pembentangan RMK-13 ini oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim memberikan satu kelebihan kerajaan Madani yang terdiri dari gabungan 18 buah Parti politik yang terdiri empat gabungan politik yang besar iaitu PH, BN, GPS dan GRS yang diterajui oleh Anwar Ibrahim menjelaskan apakah yang akan dilakukan oleh Kerajaan Madani dalam tempoh 5 tahun akan datang sekiranya kerajaan ini dipilih semula oleh rakyat untuk mentadbir negara.

Jadi dokumen lengkap Rancangan Malaysia Ketiga Belas ini yang disampaikan intisari dan intipatinya secara lisan di Parlimen oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim bolehlah dianggap semacam manifesto pilihanraya parti-parti politik yang bergabung di dalam Kerajaan Madani yang mentadbir Kerajaan Persekutuan di Putrajaya.

Peluang PM Anwar Ibrahim membentangkan RMK-13 di Parlimen satu dokumen Kerajaan Persekutuan yang dibuat atas nama kerajaan bukannya parti politik memberi keyakinan kepada rakyat, kepada golongan usahawaan, pelabur luar dan dalam negeri bahawa RMK-13 itu bukanlah Manifesto politik parti politik tetapi satu dasar ekonomi negara secara rasmi yang diusulkan di Parlimen dan di luluskan oleh ahli-ahli parlimen.

Dokumen Lengkap RMK-13 yang tebal itu merekodkan pencapaian sosioekonomi Malaysia bagi tahun 2021-2025.Contohnya sasaran 10 tahun Ekonomi Madani ingin menjadi 30 ekonomi terbesar dunia.Namun setakat tahun 2024 Malaysia mencapai kedudukan ke-36 ekonomi terbesar di dunia.Ini adalah satu fakta pencapaian yang dapat diukur.

Dengan membentangkan secara rasmi dan terbuka di Parlimen RMK-13 bermakna PM Anwar Ibrahim mahu memberitahu rakyat Malaysia dan dunia termasuklah World Bank,IMF dan institusi global bahawa Malaysia ada rancangan yang jelas untuk menuju tahun 2030.Misalnya Malaysia ada sasaran ekonomi Makro.Ada dasar meningkatkan darjat hidup rakyat dengan menangani kos sara hidup.

Satu kekuatan PM Anwar Ibrahim dan kerajaan Madani pimpinan nya ialah beliau fokus dalam memperbaiki kedudukan ekonomi Malaysia. Ini ditunjukkan oleh Anwar bahawa dalam tempoh 5 tahun dalam RMK-13 kerajaan Madani akan mengemukakan 10 keutamaan kerencaman ekonomi. Contohnya kerajaan akan mereformasi industri semiconduktor tempatan

Melalui dasar RMK-13 Kerajaan mengemukakan apa yang hendak dilakukannya dalam reformasi pendidikan, reformasi pasaran buruh,usaha meningkatkan tahaf socioeconomic golongan sasar, antara lainnya.

Dalam setiap inisiatif dan dasar 5 tahun yang akan datang, dokumen RMK-13 dengan jujur dan telus boleh disemak dan diteliti pencapaian setiap satu dalam Rancangan Malaysia ke-12 di mana Kerajaan Madani turut terlibat dan mentadbir negara sebagai kerajaan mulai November 2022 hingga kini.

RMK-13 turut menyatakan apakah dasar kerajaan Madani untuk melaksanakan agenda reformasi perkhidmatan awam.

Turut dilakar dalam RMK-13 ialah dasar 5 tahun akan datang untuk kerajaan mempertingkatkan kesejahteraan rakyat dan kelestarian alam sekitar. Sebagai contoh dinyatakan sasaran kerajaan bagi tahun 2030 ialah 500,000 unit rumah mampu milik siap dibina. Namun setakat sehingga Mac 2025 hanya 179,769 unit rumah mampu milik siap dibina. Ertinya kerajaan menyedari banyak yang perlu dilakukan lagi untuk mereformasikan perumahan negara dalam tempoh RMK-13.

    Pada 26 Julai 2025 yang lalu satu perhimpunan besar rakyat telah menunjuk perasaan di Kuala Lumpur untuk menuntut Perdana Menteri Anwar Ibrahim turun. Lima hari kemudian di Parlimen, Anwar Ibrahim bangun di Dewan Rakyat membentangkan satu dasar ekonomi yang lengkap untuk negara Malaysia dan rakyatnya, iaitu dasar ekonomi lima tahun akan datang.

    Setelah mendengar Anwar Ibrahim membentangkan RMK-13 itu di Parlimen adakah wajar lagi untuk rakyat menuntut Anwar Ibrahim turun sedangkan dialah orang yang diharapkan untuk menerajui dan melaksanakan cita-cita yang terkandung dalam RMK-13 tersebut?

    ***Penulis adalah Ahli Parlimen Pasir Gudang

    Baca juga:

    Anda Mungkin Berminat