Rogol mangsa dalam kereta polis, 2 anggota pangkat konstabel dan lans koperal ditahan

Harapkan pagar, pagar makan padi. Begitulah gambaran keadaan seorang wanita yang dipercayai menjadi mangsa rogol dalam satu kejadian apabila mangsa bersama rakan lelakinya didatangi dua individu lengkap mengenakan unifom polis, berpangkat konstabel dan lans koperal.

Kata Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, dua anggota tersebut telah dikenakan tindakan tahan kerja sehingga siasatan selesai dilakukan.

“Ya. Akan terus ditahan kerja sementara siasatan dilengkapkan,” katanya ketika mengulas tentang dua anggota polis dipercayai terlibat dengan kes rogol dan samun di Ampang, pada Selasa lalu.

Sebelum ini polis mengesahkan tangkapan dua anggota polis dipercayai terlibat dengan kes rogol dan samun di Ampang.

Kejadian itu susulan dua laporan polis diterima Kontinjen Selangor daripada pengadu lelaki dan wanita warga asing yang merupakan pelajar di sebuah kolej swasta.

Kejadian berlaku pada 10.09 malam, Selasa ketika pengadu dan rakan lelakinya berada dalam sebuah kereta  di Ampang View, Kuala Lumpur.

Memetik Utusan, katanya, remaja warga asing dan kawan lelakinya rakyat tempatan itu ditahan dua lelaki lengkap beruniform polis sebelum mangsa wanita dan kawan lelakinya dibawa ke lokasi berasingan.

Seorang anggota polis merogol mangsa wanita dalam kenderaan polis  manakala kawan lelaki kepada mangsa dirogol  dibawa ke bank untuk mengeluarkan wang seperti diminta kedua-dua suspek.

Polis membuka dua kertas siasatan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan (KK) kerana merogol dan Sekzyen 395/397 KK atas kesalahan merompak.

Terdahulu, tular laporan mendakwa dua anggota yang bertugas di sebuah daerah di Selangor terlibat dengan kes rogol dan pemerasan terhadap dua individu termasuk seorang warga Uzbekistan.

Dua anggota polis terbabit didakwa berpangkat lans konstabel dan lans koperal dan masing-masing berusia 24 dan 31 tahun.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat