ISLAMABAD: Naib Presiden Amerika Syarikat(AS), JD Vance, yang mengetuai delegasi AS dalam rundingan dengan Iran, memaklumkan bahawa beliau masih belum melihat komitmen jelas daripada Tehran berhubung isu nuklear.
Beliau turut menyatakan bahawa pihak AS telah mengemukakan “tawaran terbaik dan terakhir”.
Media Iran melaporkan bahawa rundingan bersejarah di Islamabad, Pakistan akan diteruskan ke hari kedua, dengan Selat Hormuz dipercayai menjadi isu utama yang masih dipertikaikan.
Presiden AS, Donald Trump, pula mendakwa bahawa Washington telah “memenangi perang terhadap Iran” tanpa mengira hasil akhir rundingan tersebut.
Dalam masa yang sama, Iran menafikan dakwaan AS bahawa dua kapalnya telah melalui Selat Hormuz dan memberi amaran bahawa sebarang percubaan kapal tentera untuk melintasi laluan itu akan menerima “tindak balas tegas”.
Sementara itu, Israel terus melancarkan serangan di selatan Lubnan, dengan sekurang-kurangnya 13 orang dilaporkan terkorban dalam serangan ke atas bandar Tefahta.
Baca juga:








