Sebenarnya Khir Toyo kecewa tidak jadi calon PRU15 – Puad

Oleh: Tyah Helmi

PETALING JAYA: UMNO tidak akan menerima apa-apa kerugian sekali pun apabila bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo bertindak menyertai parti Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Puad Zarkashi berkata beliau menyambut Bersatu untuk menerima Khir Toyo dengan menyatakan “bawalah kudis “penyapu” ke dalam Bersatu”.

Ini kerana jelasnya, akar umbi UMNO, penjawat awam, orang Melayu dan rakyat tidak lupa “legasi penyapu” yang dibawa oleh Khir Toyo semasa beliau menerajui Selangor satu ketika dahulu malah turut menjadi punca UMNO kehilangan kuasa di Selangor.

“Tiba tiba dia bercakap soal kembali dominan terutamanya di Selangor. Ternyata pemikiran politik Khir Toyo baik dari segi realiti dan taktikal jauh ketinggalan.

“Dominan tidak semestinya UMNO mesti bertanding banyak kerusi dan menang majoriti dua pertiga.,” katanya di laman Facebook hari ini.

Beliau menambah, strategi berkongsi kuasa di peringkat pusat dan mentadbir Johor, Melaka, Perak dan Pahang merupakan permulaan baik buat UMNO untuk kembali dominan setelah hilang kuasa di PRU.

“Dominan dalam kontek kongsi kuasa perlu difinisi baru. Iaitu dominan dalam agenda rakyat, menteri yang berprestasi tinggi, berprinsip dan konsisten. Ia tidak lagi bergantung kepada nombor semata-mata,” ujarnya.

Justeru katanya, alasan Khir Toyo menyertai Bersatu dangkal dan menyimpang jauh daripada realiti “New politic” hari ini.

“Dia sudah tidak lagi relevan dan tidak akan membawa nilai baru kepada Bersatu.

Kata beliau, politik era ini memerlukan kebijaksanaan dan kepercayaan maka tidak mustahil untuk UMNO dapat kembali menjadi parti yang dominan di negara ini.

“Masakan UMNO boleh memimpin Perak dan Pahang dengan kerusi yang kurang.

“Ia tidak mustahil boleh berlaku di Selangor, Khir Toyo masih bernafsu untuk jadi calon. Dia kecewa kerana di PRU ke 15 dia tidak dicalonkan. Sebab itu dia menyertai Bersatu. tambahnya.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat