Sebuah rumah hangus hampir 70 peratus di Kuantan

Satu insiden kebakaran rumah telah berlaku di Lorong Padang 21, Taman Impian Ku, Kuantan, Pahang pada Jumaat.

Menurut Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Che Norjuharisal sebuah rumah yang berkeluasan 20 x 70 kaki persegi telah terbakar dianggarkan sehingga 70 peratus.

“Pasukan bomba seramai 13 orang daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuantan dan BBP Indera Mahkota telah bergerak ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan pada pukul 11.00 pagi.

“Namun, tiada mangsa yang terlibat dalam kebakaran tersebut.

“Operasi pemadaman kebakaran telah dijalankan oleh pasukan bomba dan dapat dikawal pada pukul 11.18 pagi,” katanya dalam satu kenyataan.

Difahamkan, pasukan bomba yang hadir bagi operasi pemadaman dan menyelamat hadir ke lokasi kejadian bersama dua jentera FRT dan Water Tanker.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat