PANDANGAN | Ingatkan bila kerajaan buat tindakan ini (bawah 16 tahun tidak dibenar menggunakan media sosial), ia mendapat sambutan yang baik. Bila baca komen, mak aih, berhambur maki hamun.
Dasar rakyat bodoh dan malas membaca.
“News feed & video feed” aku dipenuhi dengan kandungan yang berkaitab pendidikan, kesihatan, psikokogi dan lain-lain yang bersifat ilmiah.
Daripada isu kepimpinan, isu remaja sampailah isu pendidikan prasekolah. Itulah antara kandungan yang aku hadam setiap hari.
Bersepah sudah kajian yang membuktikan kesan buruk laman sosial terhadap kanak-kanak dan remaja.
Laman sosial memang mempunyai AGLORITMA AI yang direka untuk MENJADIKAN PENGGUNA KETAGIHAN. Dan malangnya, kanak-kanak dan remaja tidak punya kekuatan untuk mengawal dan menghalang ketagihan tersebut.
Itu sebabnya mereka sukar berpisah dengan “gadget”. Mereka hanyut oleh PENIPUAN AGLORITMA AI. Makanya orang dewasalah yang kena kawal dan campur tangan.
Tapi persoalannya, berapa ramai orang dewasa yang sanggup berbuat sebegitu.
LIHAT RUANGAN KOMEN yang mana 33 negeri di Amerika Syarikat menyaman Meta (syarikat induk Facebook & Instagram). Kenapa…? Kerana kajian mendapati laman sosial menjadi punca remaja stress, resah, kemurungan malah ada keinginan untuk membunuh diri.
Banyak negara di dunia yang sudah lama menggunakan dasar larangan akses kanak-kanak dan remaja ke laman sosial.
Sepatutnya permainan dalam talian juga diharamkan kerana sangat merosakkan, membuang masa dan meragut kemahiran sosial iaitu berhubungan sesama manusia.
Selagi ramai rakyat yang bodoh dan jahil, lambat lagilah negara ini nak maju. Maka lambat lagi kita nak naik gaji dan menikmati hidup yang lebih berkualiti. Bodoh adalah sepupu kejahilan.
Oleh: Al Mumin Al Kantan
Baca juga;








