Seorang lagi suspek penculik kanak-kanak perempuan Jia Hui ditahan

Seorang lagi suspek dipercayai terlibat dalam kes penculikan kanak-kanak perempuan Albertine Leo Jia Hui, 6, yang dilaporkan hilang baru-baru ini di sebuah pusat beli-belah Eco Galleria di Iskandar Puteri, Johor Bahru direman tujuh hari.

Perintah reman itu dikeluarkan Mahkamah Majistret yang akan bermula berkuatkuasa pada 23 Julai 2024 sehingga 29 Julai 2024 selepas permohonan dibenarkan oleh pihak polis.

Suspek kelima yang berusia 31 tahun itu dikenakan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan.

Pada sebelah pagi pula, empat suspek terdiri daripada dua lelaki dan dua wanita berusia 28 hingga 55 tahun dibawa ke Mahkamah Majistret mendapat perintah reman empat hari.

Susulan itu, seorang lagi wanita ditahan pada pukul 12.15 tengah malam Selasa sebelum suspek kelima berkenaan ditahan pada pukul 4.45 pagi Selasa di Batang Kali, Selangor.

Suspek kelima itu ditahan bersama-sama kanak-kanak perempuan berkenaan di sebuah hotel murah dalam keadaan selamat.

Sebelum ini, kanak-kanak tersebut yang merupakan anak ketiga daripada empat beradik disedari hilang oleh bapanya kira-kira pada pukul 8.30 malam sejak Jumaat hingga Ahad di pusat beli belah yang mengadakan festival Bon Odori Johor.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat