Sikap taasub atau fanatik terhadap seseorang atau sesuatu perkara tidak mengira sama ada tokoh agama, pemimpin politik atau parti politik boleh mendatangakn bahaya sekiranya seseorang itu terlalu terikat dengan fahaman tanpa mempertimbangkan secara kritis atau objektif tindakan tersebut.
Perkara itu dinyatakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, yang memberi reaksi terhadap sikap obsesi segelintir masyarakat ke atas seorang lelaki, Maula Muhamad Amin al-Hassani yang mendakwa sebagai warga Maghribi dan berada dalam jalur keturunan Nabi Muhammad SAW.
Katanya, Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba mengeksploitasi agama untuk kepentingan peribadi atau kumpulan.
“Semua pihak diminta berpegang kepada neraca ilmu, fakta, dan menjauhi fanatik agama dan ekstremisme,” katanya.
Difahamkan, seorang pengetua sebuah madrasah (sekolah Islam) di Selangor, yang dikatakan giat mempromosikan Mawla Amin, didakwa mengumpul dana awam secara tidak sah, serta cuba menubuhkan kumpulan Mawla Amin, ‘Kerajaan 9’ di Melaka sebagai persediaan untuk akhir zaman untuk pengikutnya.
Tidak hanya melibatakan individu, malah perkara itu termasuk sokongan terhadap parti politik yang kononnya dianggap jaminan untuk masuk syurga.
“Perlu diingatkan bahawa akidah tersebut adalah subjektif dan tidak mencerminkan kebenaran mutlak.
“Agama dan politik mempunyai dimensi yang berbeza dan tafsiran ajaran agama atau tuntutan politik sebagai jaminan syurga mesti diteliti secara kritis,” katanya.
Baca juga: