Sumbangan PM bawa harapan

Oleh: Shafira Aziz

PETALING JAYA: Kehadiran perayaan Deepavali tidak lengkap jika tidak diraikan dengan membantu mereka yang memerlukan dan juga yang ditimpa kesusahan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah berkongsi tentang lawatan Setiausaha Politiknya, Datuk Farhan Fauzi ke Klang untuk melawat Paramesvaree, yang terlantar kerana komplikasi perubatan sehingga kakinya terpaksa dipotong.

Suaminya pula menghidap penyakit jantung. Justeru, beberapa bantuan telah disalurkan dan akan ditambah bagi meringankan beban yang dihadapi.

Keluarga tersebut juga tinggal di bilik kecil dan tidak mempunyai pendapatan tetap untuk menyara kehidupan, selain mempunyai seorang anak yang masih bersekolah.

“Moga keluarga ini tabah dalam menghadapi ujian melanda dan diharapkan bantuan yang disalurkan ini membawa sinar cahaya dan kegembiraan dalam menyambut kehadiran Deepavali,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Melalui usaha ini, Perdana Menteri menunjukkan komitmennya terhadap kesejahteraan rakyat, terutamanya bagi mereka yang dalam kesusahan.

Anda Mungkin Berminat