Syed Saddiq, Bella Astillah bertunang hari ini

Oleh: Tyah Helmi

PERSOALAN akhirnya terungkap jua apabila pasangan hangat Malaysia dari dua dunia berbeza iaitu Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bakal bergelar tunangan kepada penyanyi dan pelakon terkenal, Bella Astillah pada Sabtu.

Menerusi perkongsian di media sosial, Syed Saddiq memaklumkan perkara itu yang memaparkan Bella menerima lamaran beliau dan berkata ya.

“Saya melamar dia kata ya.

“Ini bukan pengakhiran cerita, ini permulaan. Dan hari ini (Sabtu) Majlis Pertunangan kami, doakan,” katanya.

Difahamkan, majlis pertunangan itu bakal diadakan sekitar pukul 3 petang ini yang berlangsung di sebuah premis di Kuala Lumpur.

Selain itu, dalam video yang dimuat naik, Syed Saddią dilihat memberikan cincin lamaran kepada Bella ketika mereka melakukan misi mendaki Gunung Kinabalu di Sabah sebelum ini.

Malah beliau juga mengimbas kembali hubungan mereka yang bermula atas dasar kerja sehingga terbit rasa cinta.

“Bermula dengan kerjasama biasa yang akhirnya meraih lebih RM6 juta untuk rakyat, tanpa sedar turut menyatukan dua hati,” ujarnya.

Sebelum ini, Malaysia dikecohkan dengan perkhabaran yang memperkatakan kemungkinan pasangan yang digelar BASS itu bakal disatukan pada 28 Mac 2026.

Spekulasi bertambah kuat lagi ketika mana warga atas talian ternampak set hantaran ketika ahli politik itu bersalaman dengan ahli keluarga di pagi Syawal.

Sebelum ini beberapa selebriti juga memberi ‘bayangan’ awal bahawa tema busana hari istimewa pasangan terbabit adalah berwarna kuning.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat