MENURUT kajian yang dijalankan oleh National Transportation Safety Board (NTSB) Amerika Syarikat, tempat duduk belakang pesawat adalah paling selamat dalam situasi kecemasan.
Berdasarkan kajian itu, katanya, kadar kelangsungan hidup penumpang berdasarkan kedudukan tempat duduk dalam pesawat iaitu bahagian belakang kabin menunjukkan peratusan tertinggi sebanyak 69 peratus.
“Penumpang di bahagian belakang pesawat mempunyai kadar kelangsungan hidup yang paling tinggi, mungkin kerana mereka menerima kesan yang paling sedikit dalam situasi kemalangan.
“Diikuti di bahagian sayap termasuk hadapan sayap sebanyak 56 peratus kerana penumpang di atas sayap pesawat juga mempunyai kadar survival yang agak tinggi kerana mereka lebih dekat dengan pintu keluar kecemasan dan kru kabin,” menurut kajian itu.
Tambahnya, kedudukan penumpang di bahagian kelas pertama (bisnes) mencatatkan peratusan terendah sebanyak 49 peratus kerana penumpang di kelas ini mempunyai kadar kelangsungan hidup yang lebih rendah kerana mereka merupakan antara individu pertama yang menerima kesan dalam situasi kecemasan.
Walau bagaimanapun, ini hanyalah kajian dan sebagai umat Islam, segalanya kita serah pada kekuasaan Allah Yang Maha Esa. No doubt!