ULASAN | Ramai tidak sedar bahawa testosteron lelaki zaman sekarang merosot jauh lebih cepat daripada yang disangka. Kalau dulu lelaki umur 22 tahun penuh tenaga dan maskulin, hari ini paras hormonnya hampir sama macam lelaki umur 70 tahun dari tahun 2000. Bunyi macam gila, tapi inilah realitinya yang disahkan dalam banyak kajian.
Satu kajian besar dari Journal of Clinical Endocrinology & Metabolism mendapati testosteron lelaki menurun sebanyak 17 peratus hanya dalam tempoh antara 1987 hingga 2004. Apa yang lebih membimbangkan, penurunan ini berlaku walaupun selepas mengambil kira faktor usia dan tahap kesihatan. Maknanya, sesuatu yang lebih besar sedang berlaku dalam gaya hidup lelaki sekarang.
Penurunan hormon ini bukan sekadar isu tenaga batin atau kejantanan. Ia menyentuh kesihatan menyeluruh lelaki dari aspek kesuburan, mood, motivasi, otot dan jisim badan. Bila testosteron rendah, lelaki lebih cepat letih, kurang semangat, mudah murung dan kesuburan juga boleh terganggu. Ini bukan sesuatu yang boleh diambil ringan.
Pakar menyalahkan gabungan beberapa faktor. Pemakanan ultra-proses yang penuh bahan kimia, kurang aktiviti fizikal, waktu tidur yang tak menentu, pencemaran persekitaran dan tekanan hidup yang berpanjangan semuanya menyumbang kepada penurunan paras hormon lelaki ini. Dan semua itu dah jadi rutin harian bagi kebanyakan orang hari ini.
Cuba tengok gaya hidup lelaki moden sekarang. Bangun pagi lemah, sarapan dengan makanan segera, duduk berjam-jam depan skrin, tidur lambat, stres tak putus-putus. Semua ini perlahan-lahan bunuh hormon lelaki dari dalam, walaupun luaran nampak sihat dan bergaya.
Bila paras testosteron rendah, ia bukan saja buat badan rasa tak bermaya. Ia juga boleh jejaskan hubungan suami isteri, ketajaman mental dan keinginan untuk capai sesuatu dalam hidup. Lelaki akan rasa kosong, cepat marah, malas dan mula hilang arah walaupun tak tahu apa puncanya.
Masalah ini juga tak terhad kepada individu. Bila makin ramai lelaki hilang keupayaan reproduktif dan hormon dalam badan tak seimbang, ia akan memberi kesan kepada kelahiran generasi akan datang. Bayangkan kalau majoriti lelaki muda hari ini dah mula hilang fungsi hormon utama badan mereka sebelum umur 30.
Itulah sebabnya penting untuk lelaki muda ambil tindakan sekarang. Ubah gaya makan, elak makanan proses dan gula berlebihan. Mulakan rutin bersenam yang konsisten dan pastikan tidur cukup setiap malam. Kecil saja langkahnya, tapi kesannya besar untuk jangka masa panjang.
Kalau rasa lesu sepanjang masa, emosi tak stabil, badan cepat naik berat, atau tak berminat dengan aktiviti yang dulu menyeronokkan, mungkin itu tanda paras testosteron sedang merudum. Jangan malu untuk buat ujian darah dan tahu tahap sebenar hormon dalam badan.
Tak ada gunanya jaga penampilan kalau hormon dalam badan tak seimbang. Nak jadi lelaki yang betul-betul sihat, perlu mula dari dalam. Tubuh yang sihat perlukan hormon yang stabil, dan testosteron ialah enjin utama bagi tubuh lelaki.
Kita dah hidup dalam dunia yang banyak berubah. Makanan dah tak sama, udara dah tercemar, dan tekanan hidup makin menekan. Tapi itu bukan alasan untuk biarkan diri lemah. Lelaki sekarang perlu lebih bijak kawal semula kesihatan mereka.
Jangan tunggu sampai usia 40 baru mula sedar. Sebab kalau ikut trend sekarang, hormon lelaki umur 20-an pun dah macam lelaki tua. Realiti ini sedang berlaku dan ia bergerak lebih pantas daripada yang kita sangka.
Testosteron bukan soal ego atau maskulin semata. Ia tentang fungsi badan yang normal, keinginan untuk hidup aktif dan bertenaga, dan kebolehan untuk bina keluarga. Jangan biarkan teknologi dan gaya hidup moden rosakkan apa yang menjadikan lelaki itu lelaki.
Kalau anda lelaki muda yang baca ni, anggap ini panggilan untuk bertindak. Bukan esok. Sekarang. Sebab tubuh anda perlukan anda untuk sedar sebelum semuanya terlambat.
***Sumber daripada The Brain Maze dan diolah oleh Amelia Zetty di media sosial Astronomi dan Sains
Baca juga: