Tidak puas hati anjing ‘tak comel’ ketika bergambar, wanita sanggup beri haiwan peliharaan percuma di media sosial

Bekas model terkenal Katie Price, dipercayai sudah tidak lagi membela anak anjingnya selepas lima bulan kerana menganggap haiwan itu sudah tidak comel di Instagram.

Ibu kepada lima anak itu membeli anak anjing kacukan Gembala Jerman (German Shepherd), bernama Tank dipercayai sudah tidak kelihatan comel dan sanggup memberikannya secara percuma di media sosial sebagai hadiah atau give away.

Menerusi video yang dimuat naik ke TikTok, Katie memberitahu, anjingnya telah mengalami kecederaan akibat dirempuh kenderaan berhampiran kediamannya dua bulan lalu.

Menurut sumber dari The Sun, Katie menyerahkan Tank kepada juruelektriknya setelah hanya beberapa bulan memelihara anak anjing tersebut.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat