Tiga sukan pilihan sah bertanding di SUKMA XXII Selangor 2026

JAWATANKUASA Tertinggi Sukan Malaysia (SUKMA) bersetuju menambah tiga sukan pilihan dalam Temasya SUKMA XXII Selangor 2026.

Tiga sukan tersebut ialah Muaythai, Petanque dan Silambam seperti dicadangkan Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Negeri Selangor, Mohd Najwan Halimi.

Keputusan itu dicapai sebulat suara dalam Mesyuarat Khas Jawatankuasa Tertinggi SUKMA yang dipengerusikan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.

Dengan penambahan ini, SUKMA XXII akan mempertandingkan 30 sukan wajib dan tujuh sukan pilihan. Tiada lagi cadangan baharu atau rayuan penambahan sukan akan diterima.

Temasya akan berlangsung dari 15 hingga 24 Ogos 2026, melibatkan sembilan daerah di seluruh Selangor.

“Kementerian Belia dan Sukan sedang mengkaji penganjuran ‘Non-Sukma Games’ untuk sukan yang tidak terpilih serta model baharu SUKMA selepas edisi Kelantan 2028,” kata Hannah.

SUKMA merupakan acara dwitahunan yang mengumpulkan atlet seluruh negara, bermula sejak 1986, dengan matlamat melahirkan bakat baharu dan memupuk semangat kesukanan di peringkat negeri.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat