WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengumumkan bahawa pentadbirannya ‘sangat hampir’ memeterai perjanjian untuk mencari pembeli bagi TikTok menjelang hujung minggu ini.
Terdahulu, platform aplikasi infotaiment itu
berdepan larangan di negara itu sekiranya tidak dijual oleh pemiliknya dari China
Memetik AFP pada Jumaat, Trump berkata kepada wartawan di dalam pesawat Air Force One, sambil menambah bahawa ia melibatkan ramai pelabur tanpa memberikan butiran lanjut.
“Kami sangat hampir mencapai perjanjian bersama sekumpulan pelabur yang baik,” katanyq.
Aplikasi perkongsian video yang sangat popular itu, dengan lebih 170 juta pengguna di Amerika Syarikat, berdepan ancaman undang-undang AS yang diluluskan tahun lalu.
Undang-undang itu mengarahkan TikTok untuk berpisah daripada pemiliknya, ByteDance dari China, atau berdepan larangan beroperasi di negara tersebut.
Berdasarkan kebimbangan terhadap keselamatan negara dan kepercayaan meluas di Washington bahawa TikTok dikawal oleh kerajaan China, undang-undang itu berkuatkuasa pada 19 Januari, sehari sebelum Trump mengangkat sumpah sebagai presiden.
Namun, presiden dari Parti Republikan itu segera mengumumkan penangguhan yang membolehkan TikTok terus beroperasi, tetapi tempoh penangguhan itu dijangka tamat pada 5 April.
Trump menafikan risiko bahawa TikTok akan dilarang di Amerika Syarikat, dengan menyatakan bahawa beliau yakin akan menemui pembeli bagi operasi aplikasi tersebut di negara itu.
Beliau juga mencadangkan bahawa TikTok mungkin menjadi sebahagian daripada perjanjian yang lebih besar dengan China bagi mengurangkan tarif yang dikenakan ke atas Beijing dalam dasar perdagangan globalnya.
Pelabur tambahan dari AS, termasuk Oracle dan firma ekuiti persendirian Blackstone, akan dilibatkan bagi mengurangkan pegangan pelabur China dalam syarikat tersebut.
Selain itu, Amazon dilaporkan telah membuat tawaran saat akhir untuk membeli TikTok.
Baca juga:








