Tun M Didakwa Khianat Negara Dalam Laporan RCI – Anwar

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan bahawa laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) dan Pasukan Petugas Khas (FAS) telah mengaitkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dengan dakwaan pengkhianatan terhadap negara.

Menurut Anwar, laporan berkenaan turut mencadangkan tindakan susulan diambil terhadap pihak terlibat, namun keputusan akhir tidak diteruskan selepas mengambil kira suasana dan keadaan ketika itu.

“RCI yang diketuai mantan Ketua Hakim dan pasukan FAS telah mengusulkan supaya laporan dibuat terhadap firma Huawei kerana pengkhianatan terhadap negara dan tindakan susulan diambil.

“Walaupun kesalahan pengkhianatan itu besar, selepas meneliti suasana dan keadaan, kita mengusulkan untuk tidak membawa ia ke hadapan,” katanya ketika ditemui media hari ini.

Anwar menegaskan keputusan itu dibuat secara kolektif oleh Jemaah Menteri, dan beliau tidak bertindak di luar kerangka laporan atau syor pasukan penyiasat.

“Saya tidak melangkaui keputusan tuan saya. Keputusan kabinet dibuat selepas menilai semua,” katanya.

Jelas beliau, kegagalan untuk meneruskan pendakwaan ketika itu berpunca daripada ketiadaan siasatan lanjut oleh pihak polis, meskipun laporan RCI sudah menetapkan kesalahan yang jelas.

“Keputusan untuk mendakwa sudah ada, tetapi siasatan polis tidak dilakukan,” katanya lagi.

Anwar turut menyifatkan isu berkenaan sebagai satu pengajaran penting dalam hal ehwal berkaitan kedaulatan dan keselamatan negara.

“Sebab itu dalam kes seperti Laut Sarawak, kita belajar dari pengalaman itu,” ujarnya.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat