Lapangan politik tempatan heboh apabila seorang tokoh politik bergelar Tun disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Susulan itu, terkait sama, nama bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang dipercayai turut hangat lebih-lebih lagi selepas anaknya, Mirzan dipanggil untuk dirakam kenyataan oleh SPRM baru-baru ini.
Disebabkan itu, beliau menyatakan kesediaan untuk disiasat atas dakwaan penyelewengan dan salah guna kuasa sepanjang tempoh kepimpinan beliau.
Malah, beliau juga menafikan dakwaan mengatakan tokoh politik sepertinya kalis dan kebal daripada menjalani sebarang siasatan.
“Saya nak bagitau, saya ni tiada siapa pun buat tuduhan. Kalau ada tuduhan, pasti ada siasatan. Kalau ada, bagitahu saya, supaya saya boleh bersedia untuk membela diri di mahkamah.
“Saya bersedia untuk disiasat, akaun saya, kalau nak lihat pun boleh. Akaun mana pun boleh bagitahu, apakah Lembaga Hasil Dalam Negeri biasa tuduh saya tidak bayar hasil, semuanya boleh diakses oleh kerajaan.
“Kerajaan juga boleh tanya Petronas, kononnya saya buat duit di sana, sila siasat kerana perkara itu telah disebut,”katanya.
Dalam pada itu, beliau turut menegaskan setiap tuduhan perlu dikemukan dengan bukti berasas tanpa perlu kaitkan sesiapa.
“Anak saya disiasat, diancam. Apa yang dia (Mirzan) buat? Dia suruh anak saya bagi bukti supaya ayah boleh dicaj. Anak saya kena caj, kena beri bukti.
“Dari tahun 1981 sampai sekarang, sudah tentu dia simpan dalam pejabatnya, dalam bilik yang penuh dengan cek, dokumen,” kata dalam satu sidang media khas di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya pada Isnin.
Sebelum ini, SPRM menyerahkan notis perintah kepada Mirzan mengikut Seksyen 36(1)(b) Akta SPRM 2009 yang mengkehendakinya mengisytiharkan segala aset alih dan tidak alih sama ada di dalam atau luar negara dalam tempoh 30 hari daripada tarikh notis diberikan.
Baca juga: