UMNO terus sokong Kerajaan Perpaduan sehingga PRU16

KUALA LUMPUR: UMNO akan terus mendokong Kerajaan Perpaduan yang terbentuk selepas Pilihan Raya Umum ke-15 sehingga Pilihan Raya akan datang.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi berkata ia selaras atas Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-16.

“Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia yang berlangsung pada 10 Jun 2026 bersamaan 24 Zulhijah 1447H telah membincangkan dan membuat beberapa ketetapan berikut iaitu Kerajaan Negeri Johor dibentuk sebelum pembentukan Kerajaan.

“Perpaduan Malaysia tanpa melibatkan parti-parti daripada Pakatan Harapan. Justeru, perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan Malaysia di peringkat Persekutuan tidak mengikat mana-mana Kerajaan Negeri,” katanya dalam Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang berlangsung di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC), pada Rabu malam di ibu negara.

Katanya, UMNO berhak menentukan pendirian dan hala tuju parti apabila menjelang mana-mana Pilihan Raya termasuklah Pilihan Raya Negeri Johor dan Negeri Sembilan yang bakal ditentukan tarikhnya oleh pihak Suruhanjaya Pilihan Raya.

“Keputusan UMNO dan Barisan Nasional untuk mempertahankan mandat negeri bukan pengkhianatan kepada Kerajaan Persekutuan sebagaimana tuduhan segelintir pihak. Sebaliknya ia adalah amalan demokrasi yang sah, matang dan berperlembagaan untuk menyerahkan sepenuhnya mandat kepada rakyat.

“UMNO terbuka kepada apa jua bentuk kerjasama dengan mana-mana pihak demi kestabilan politik negara dan kesejahteraan rakyat. Apa jua bentuk kerjasama mesti dilandaskan kepada prinsip keikhlasan dan kepercayaan,” ujarnya lagi.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat