Usah selindung lagi masalah disfungsi erektil daripada masyarakat

PETALING JAYA: Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni menegaskan untuk tidak memandang enteng tentang isu kesihatan buat kaum lelaki.

Menurut Lukanisman Awang, sudah tiba masanya untuk menutup stigma tentang masalah kesihatan lelaki dan berselindung di sebalik masyarakat, sebaliknya ia perlu ditangani berasaskan ilmu.

“Kini sudah tiba masa untuk kita hadapi ilmu dan tindakan hadapi isu seperi disfungsi erektil (ED) dengan pendekatan ilmu yang matang, berilmu serta berasaskan tindakan yang efektif,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Pelancaran ‘Garis Panduan Amalan Klinikal (CPG): Pengurusan Disfungsi Ekrektil’ di Putrajaya.

Ujar beliau, Disfungsi erektil (ED) merupakan masalah kesihatan lelaki yang kian membimbangkan di Malaysia.

“Ia bukan sahaja menjejaskan kualiti hidup individu yang mengalaminya, malah turut memberi kesan kepada hubungan pasangan,” ujarnya.

Lebih membimbangkan katanya, ED juga dikaitkan secara langsung dengan penyakit kardiovaskular dan sering menjadi petanda awal kepada masalah vaskular yang lebih serius.

Beliau turut memetik beberapa kes berdasarkan kajian tempatan yang dijalankan pada tahun 2011, didapati bahawa 69.5 peratus lelaki berumur antara 40 hingga 79 tahun di negara ini mengalami masalah ED.

Selain itu katanya, dapatan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2019 menunjukkan bahawa 31.6 peratus lelaki dewasa di Malaysia mengalami ED pada tahap sederhana hingga teruk

Walau bagaimanapun, disebabkan oleh stigma yang masih kuat dalam kalangan masyarakat, kini ramai pesakit enggan tampil mendapatkan rawatan yang sewajarnya.

Untuk rekod, garis panduan baharu yang dilancarkan itu dibangunkan berasaskan bukti saintifik yang kukuh dan pendekatan sistematik.

“Ia bertujuan membantu pengamal kesihatan dengan menyediakan algoritma rawatan, cadangan klinikal serta panduan menyeluruh untuk menangani ED secara profesional.

“CPG ini turut memberi penekanan kepada penggunaan sumber kesihatan yang optimum, selamat dan berkesan demi memastikan setiap pesakit mendapat rawatan yang terbaik, katanya. .

KKM berharap agar semua pengamal kesihatan di seluruh negara dapat mengaplikasikan garis panduan ini secara menyeluruh dalam amalan klinikal mereka.

Selain itu, kementerian menyeru agar masyarakat lebih terbuka dalam membincangkan isu ED, sekaligus mengurangkan stigma yang selama ini menjadi penghalang utama kepada rawatan.

Pelancaran garis panduan ini turut mencerminkan komitmen kerajaan dalam mengangkat nilai-nilai Malaysia MADANI, iaitu memastikan kesejahteraan rakyat menerusi akses kepada rawatan kesihatan yang menyeluruh, tanpa diskriminasi terhadap sebarang jenis penyakit.

Menurut KKM, kesihatan seksual lelaki adalah sebahagian penting daripada kesejahteraan menyeluruh yang tidak wajar dipinggirkan.

“Jangan biarkan stigma menjadi penghalang. segera hadir untuk rawatan,” tegasnya.

“Sebagai seruan kepada lelaki yang mengalami ED agar segera mendapatkan bantuan perubatan profesional,” katanya.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat