PETALING JAYA: Pendakwah bebas, Dr Mohd Farid Ravi Abdullah menitipkan rasa kagumnya terhadap figura Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sangat berhemah dalam menyantuni tetamu.
Beliau yang juga Naib Canselor Universiti Islam Selangor berkata dalam pertemuannya bersama Anwar baru-baru ini, Perdana Menteri itu meminta maaf kepadanya kerana mengambil masa ketika berucap.
“Jika ikut ‘schedule’ tazkirah saya mula 7.10, namun YAB PM terlajak sikit (terambil masa saya). Semasa saya naik ke pentas YAB PM minta maaf dari tempat duduk VVIP. Saya dengar dengan jelas ‘minta maaf ustaz, saya tak perasaan terambil masa ustaz‘.
“Saya balas ‘eh takpa Datuk Seri’. Saya teruskan tazkirah ringkas perbezaan antara ‘Siyam dan Saum‘. Selesai tazkiran saya turun pentas… tetiba YAB PM bangun dari tempat duduk dan menghampiri saya, dipeluknya saya sambil minta maaf kerana terambil masa saya.
“Saya balas ‘eh takpa Datuk Seri, its okay, ucapan Datuk Seri tadi juga ada tazkirah dalamnya,” tulisnya di Facebook baru-baru ini.
Beliau berkata demikian dalam majlis berbuka puasa anjuran kerajaan negeri Selangor di Shah Alam pada Khamis.
“Masya Allah, saya sangat kagum dengan ketinggian akhlak beliau yang menghormati majlis ilmu serta cara menyantuni ilmuan.
“Semoga YAB Datuk Seri sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah swt serta dikurniakan keafiatan kemakmuran usia,” tulisnya lagi.
Baca juga: